Tuesday 26 February 2013


Maksud tamadun mengikut tamadun islam dan barat.-  Masyarakat barat : pembangunan lahiriah seperti penulisan, undang-undang, kesenian
dan perbandaran .
-  Menurut Gordon Childe : pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan sesebuah
tamadun dalam masyarakat .
- Menurut Darcy Riberio dan R.A. Buchanan : menekankan kepentingan pembangunan
lahiriah dalam proses perkembangan tamadun .
- Menurut Islam : tamadun mestilah merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah
untuk mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat.
- Menurut Syed Naquib al-Attas : tamadun ialah pencapaian tahap tata susila yang tinggi
dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat .
- Menurut Richard Sullivan : unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun.
- Tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian bentuk lahiriah seperti kesenian dan
pembinaan kota semata-mata tetapi mesti diiringi dengan pencapaian dalam aspek
rohaniah, tatasusila dan moral.


Proses pembentukan Tamadun mesopotamia 


a)      Lokasi

-terletak di antara Sungai Tigris dan Sungai Euphrates
- yang mengalir dari kawasan pergunungan di Turki ke tanah lembah dan pamah di Iraq hinggalah ke Teluk Parsi
- Kawasan ini dikelilingi oleh pergunungan Zagros di timur laut, dataran tinggi Arab di barat daya dan Teluk Parsi di bahagian selatan

b)      Kerangka Masa

-          Berkembang daripada petempatan awal zaman Neolitik antara tahun 7000 hingga 5000 SM
-          Sekitar 3500 S.M berkembang menjadi pusat tamadun awal
-          Kerajaan terawal ialah kerajaan Sumeria yang bermula tahun 3500 S.M
-          Kerajaan terakhir ialah Chaldea yang jatuh 359 S.M
-          Terdapat 7 zaman pemerintahan penting iaitu kerajaan Sumeria/Akkad/Ur/ Babylon/Kassites/Assyria/Chaldea
-          Parsi menguasai wilayah Mesopotamia hingga keruntuhan kerajaan

c)      Proses pembentukan
-          Dibahagi kepada dua bahagian/utara/selatan/bandar  Baghdad
-          Bahagian Utara meliputi kawasan Sg Tigris hingga Sg Zab.
-          Bahagian selatan meliputi kawasan Sg Tigris dan Sg Euphrates

d)     Kegiatan
-          Orang Sumeria membina petempatan serta menjalankan aktiviti pertanian
-          Kerja menebus guna tanah
-          Membina sistem pengairan/mengawal pengaliran air sungai
-          Lebihan penghasilan makanan mampu menampung keperluan penduduk
-          Perkampungan berkembang secara evolusi kepada bandar dan beberapa buah negara kota seperti Kish, Nippur dan Lagash, Uruk, Ur , Eridu, Assur dan Mari
-          Semua negara kota terletak di sepanjang sungai dan terusan

Ciri-ciri Tamadun Mesopotamia 
-          Setiap negara kota terbahagi kepada pusat kota/tembok kota/luar kota/pelabuhan
-          Terdapat kubu pertahanan dengan pelbagai pintu gerbang
-          Lambang kekayaan sesebuah kota
-          Di dalam kota terdapat istana/rumah kediaman/rumah ibadat/rumah kedai/pasar/jalan raya berkeadaan lurus dan lebar
-          Pusat kota ialah rumah ibadat
-          Setiap kota mempunyai unit politik dan agama
-          Melalui jalan laut bandar atau negara kota mudah dihubungi
-          Organisasi social terbahagi kepada dua golongan
-          Golongan pemerintah dan golongan rakyat
-          Golongan pemerintah ialah raja/ketua pendeta/ketua tentera/orang bangsawan
-          Golongan rakyat  terbahagi kepada dua iaitu rakyat bebas seperti petani/artisan/pedagang
-           Hamba iaitu tawanan perang
-          Sistem pemerintahan beraja
-          Berbentuk teokrasi
-          Raja dianggap sebagai Tuhan/wakil Tuhan dan pemilik negara kota
-          Masyarakat tidak menyembah raja sebagai Tuhan kecuali semasa Raja Naramsin
-          Beliau menganggap dirinya terlalu agung
-          Menggelar dirinya sebagai raja empat penjuru alam
-          Raja menjadi ketua pentadbir/ketua tentera/ketua pendeta/berkuasa dalam hal keagamaan
-          ketua agama/melantik ahli keluarga/ memegang jawatan di ziggurat/menentukan bentuk pentadbirannya
-          ziggurat berfungsi sebagai pusat ibadat/pusat perdagangan/pusat penyimpanan khazanah negara
-          berkuasa soal tanah/cukai/hasil pertanian/perniagaan
-          raja dibantu golongan bangsawan dan mempunyai ikatan dengan keluarga diraja
-          kegiatan ekonomi yang pelbagai/pengkhususan kerja
-          wujudnya lebihan hasil pertanian
-          terdapat pengusaha /pembuat tekstil/barang tembikar/alat keperluan harian
-          tukang rumah wujud kerana pertambahan penduduk
-          tentera untuk mempertahankan negara daripada musuh
-          ilmu pengetahuan berkembang
-          wujud sistem tulisan yang bermula daripada tulisan bergambar
-          berkembang kepada tulisan berbentuk symbol yang ditulis pada tanah liat
          tulisan tanah liat berbentuk pepaku dikenali sebagai cuneiform                                                                         
Sumbangan Tamadun Mesopotamia dalam aspek perundangan 


Perundangan
1.      Dikenali sebagai kod undang-undang Hammurabbi.
2.      Digubal semasa pemerintahan Raja Hamurabbi
3.      Berteraskan hak rakyat dan keadilan
4.      Hukuman dan denda mestilah setimpal
5.      Mengandungi 282 undang-undang
6.      Dipahat di tembok serta tiang besar agar rakyat dapat membaca
7.      Kod undang-undang ini menjadi dasar perundangan dalam tamadun Mesopotamia
8.      Undang-undang ini berjaya mengekalkan keamanan
9.      Undang-undang ini juga berjaya mewujudkan perpaduan
10.  Membantu tamadun Mesopotamia bertahan untuk jangka masa yang panjang

Sumbangan Tamadun Mesopotamia dalam aspek astronomi 
Ilmu astronomi
1.      Pencerapan terhadap pergerakan bulan, bintang dan matahari
2.      Perkembangan kepada ilmu matematik
3.      Seperti sistem mengira perpuluhan, menambah, menolak, mendarab dan membahagi.
4.      Perkembangan ilmu geomatri
5.      Membolehkan mereka menggunakan jalan laut
6.      Penciptaan kalender berasaskan sistem solar
7.      Mengandungi 12 bulan dalam satu tahun.

Cara memanfaatkan perundangan yang adil bagi
 menjamin keamanan dan kemakmuran negara
 


- mengelakkan perpecahan kaum
- mengekalkan perpaduan
- penduduk berbilang kaum
- mengekalkan perpaduan
- menjamin keamanan
- menjaga hak kebebasan bersuara
- menjaga hak asasi manusia
- mengukuhkan sistem organisasi
- menjaga keseimbangan ekonomi
- Menjamin kestabilan politik
- menjamin keharmonian hidup masyarakat
- perlaksanaan undang-undang yang adil dan saksama

Kejayaan yang dicapai oleh negara kita sehingga 
hari ini melalui sistem perundangan yang adil



-kebebasan asasi
-rakyat boleh mengundi calon yang di;ilh me;alui pilihanraya
-disegani oleh negara luar
-tiada campur tangan kuasa asing
-tumpuan pelabur
-tumpuan para pelancong
-tiada pertumpahan darah
-hubungan antarabangsa berkembang
-perindustrian berkembang
-kemajuan ekonomi



Cabaran yang dihadapi malaysia dalam 
menjamin keamanan negara

Pelajar :
-kerap ponteng sekolah
-langgar disiplin
-membuli
Masyarakat ;
-lumba haram
-pembunuhan
-pelacuran
-penculikan
-Keruntuhan akhlak
-merompak/mencuri
Negara :
-rasuah
-keldai dadah
-dadah
-demonstrasi jalanan


Langkah-langkah untuk megatasi cabaran tersebut


-pendidikan sepanjang hayat
-kasih saying daripada  ibu bapa
-memberi didikan agama secukupnya
-memartabatkan pendidikan Moral dan PSK
-kempen
-motivasi
-ceramah
-memperketatkan undang-undang juvana


Nilai-nilai murni / iktibar / patriotisme yang dapat diterapkan daripada kemakmuran negara


-kerjasama
-perpaduan
-jatidiri
-kasih sayang
-bersyukur
-keadilan
-memanfaatkan keamanan
-berdikari
-berwawasan
-sikap tolenrasi
-mengekalkan kemananan


Pengetahuan yang diperolehi /
 iktibar kepada diri , bangsa dan negara /
 harapan untuk masa depan malaysia yang lebih cemerlang 

-pengetahuan yang diperoleh
-kepada diri,bangsa dan Negara
-harapan untuk masa depan agar Malayasia tetap aman dan makmur
- rakyat akan mematuhi undang-undang
- tidak terlibat dalam anasir-anasir negative yang menggugat kestabilan politik

1 comment: