Wednesday 27 February 2013

DADAH !!!!


Dadah ialah bahan yang digunakan untuk merawat penyakit, mengurangkan simptom atau mengubasuai proses kimia di dalam badan untuk tujuan-tujuan tertentu. Walau bagaimanapun, bukan semua bahan yang dimakan dianggap dadah/drug. Misalnya, makanan yang dimakan secara normal tidak dianggap sebagai dadah melainkan makanan tersebut diambil khas untuk tujuan tertentu (contohnya kafeina sebagai perangsang).
Oleh sebab perkataan 'drug' dipinjam daripada bahasa Inggeris, perkataan ini membawa banyak maksud. Perkataan 'drug' lebih banyak digunakan dalam bidang farmasi dan perubatan (iaitu ubat), manakala perkataan 'dadah' membawa imej yang lebih negatif iaitu ketagihan.
Dadah boleh dibahagi kepada beberapa jenis:
·         Bahan farmaseutik atau lebih dikenali sebagai ubat.
·         Dadah analgesik
·         Aspirin
·         Asetaminofen
·         Ibuprofen
·         Opioid
·         Morfina
·         Heroin
·         Kodeina
·         Dadah rekreasi
·         Alkohol
·         Nikotin
·         Kafeina
·         Halusinogen
·         Kanabis
·         MDMA
·         GHB
·         Kokaina
·         Inhalan
·         Dadah penggalak prestasi
·         Amfetamina
·         Efedrina
·         Kokaina
·         Steroid Anabolik
·         Aspirin adalah jenama yang digunakan oleh syarikat Bayaer daripada Jerman untuk asid asitilsalisilik, sejenis dadah daripada famili salisilat. Aspirin seringkali digunakan sebagai analgesik, anti-piretik, dan anti-keradangan. Di sesetengah negara, nama ini digunakan sebagai kata generik berbanding cap dagangan syarikat.
·         Aspirin kerap digunakan untuk mengawal demam, flu atau selesema. Namun setelah aspirin dikaitkan dengan sindrom Reye, aspirin tidak lagi digunakan untuk mengawal simptom flu. Pengambilan aspirin pada dos rendah buat jangkamasa yang lama boleh menghalang penghasilan tromboksan A2 di dalam platlet. Tromboksan A2 amat penting dalam menghalang pengagregatan platlet, seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung. Aspirin yang dihasilkan untuk tujuan ini datang dalam bentuk 75 mg pil mudah larut. Antara kesan-kesan sampingan pengambilan aspirin ialah distres gastrousus dan tinitus. Selain itu, pendarahan berlebihan turut berlaku kepada wanita dalam haid disebabkan perubahan kepada sifat anti-gumpal.
·         Kafeina ialah sebatian kimia yang dijumpai secara semulajadi di dalam makanan contohya biji kopi, teh, biji koko, buah kola (Cola nitida), guarana, dan maté. Ia terkenal dengan rasanya yang pahit dan bertindak sebagai peransang kepada sistem saraf pusat (CNS), jantung, dan pernafasan. Kafeina juga bersifat diuretik (iaitu boleh dikumuh melalui air kencing).
·         Acetaminophen (Amerika Syarikat) atau paracetamol (United Kingdom), adalah analgesik and antipiretik dadah yang popular dan digunakan untuk melegakan sakit kepala, sengal-sengal dan sakit ringan, dan demam. Ia digunakan dalam kebanyakan ubat preskripsi analgesik selsemadan flu. Ia amat selamat dalam dos piawaian, tetapi kerana mudah didapati, dos berlebihan sama ada sengaja atau tidak sering berlaku.
·         Berbeza dengan dadah analgesik yang lain seperti aspirin dan ibuprofen, parasetamol atau asetaminofen tiada sifat anti-keradangan. Jadi parasetamol tidak tergolong dalam dadah jenis NSAID. Dalam dos normal, asetaminofen tidak menyakitkan permukaan dalam perut atau mengganggu gumpalan darah, ginjal atau duktus arteriosus fetus.
        Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkankemudaratan kepada kesihatan seseorang sari segi jasmani (fizikal), rohani(mental dan emosi) serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibatdaripada kesan ini seseorang yang menggunakan dadah akan terusbergantung hidup kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan.Pelbagai dadah dikenali sebagai heroin, morfin, dan ganja pada hakikatnyamerangkumi juga semua bahan yang boleh memberi kesan seperti yangdinyatakan. Tembakau dan arak juga merupakan dadah dan pengambilan yang berlebihan mendatangkan kesan yang mudarat.Dadah adalah satu-satunya masalah sosial paling rumit yang sedang dihadapioleh negara. Masalah ini mula diperkatakan sejak tahun 70-an lagi, tetapisehingga kini masih tidak menampakkan perubahan positif.

No comments:

Post a Comment