1. Bagaimanakah cara menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu bertaraf dunia?
- Menaiktaraf institusi pengajian tinggi
- Mengadakan program berkembar dengan negara luar
- Membawa masuk tenaga pengajar luar
- Menawarkan kursus-kursus yang diiktiraf oleh seluruh dunia
- Meningkatkan pengetahuan tenaga pengajar
- (mana-mana jawapan munasabah)
2. Apakah langkah yang wajar diambil oleh orang Melayu bagi menghadapi dasar ekonomi British yang meminggirkan rakyat pribumi?
- Pemimpin memberi kesedaran kepada orang Melayu
- Orang Melayu diberi pendedahan, pengetahuan tentang kegiatan ekonomi
- Memberi galakan kepada orang Melayu untuk menceburkan diri dalam ekonomi
- Meningkatkan ilmu pengetahuan orang Melayu
- Kegiatan ekonomi lebih tertumpu di kawasan bandar, jd galakan masyarakat peribumi wujudkan petempatan di bandar secara proaktif
- (mana-mana jawapan munasabah)
3. Bagaimanakah anda menunjukkan semangat cinta akan negara?
- Mengibarkan bendera Malaysia di kenderaan, rumah, kelas
- Mengharumkan nama Malaysia
- Menglibatkan diri dalam perarakan hari kemerdekaan
- Mengadakan kempen kesedaran
- Mempromosikan keindahan Malaysia
- (mana-mana jawapan munasabah)
4. Pada pendapat anda, mengapakah rakyat patut melibatkan diri dalam sambutan hari kemerdekaan negara?
- Menghargai dan mengenang jasa tokoh kemerdekaan
- Menunjukkan rasa syukur kerana negara dapat kebebasan daripada penjajah
- Membuktikan negara luar yang Malaysia mampu berdikari
- Membuktikan bangsa Malaysia hidup dalam keharmonian
- Mana-mana jawapan munasabah)
5. Mengapakah setiap warga negara Malaysia mesti mempunyai semangat patriotik?
- Meningkatkan kesungguhan untuk memajukan negara
- Menwujudkan masyarakat bersatupadu
- Mengingati dan menyanjung dan membantu pejuang tanah air
- Melahirkan rakyat yang mempunyai nilai moral
- Bangga menjadi rakyat Malaysia
- mana-mana jawapan munasabah)
6. Jika anda menjadi pegawai perancangan bandar pada masa hadapaan, apakah bentuk bandar yang anda impikan?
- Bandar berbentuk moden
- Bandar yang bersih
- Sistem perhubungan moden, pantas
- Sistem perumahan eletronik
- Selamat dan aman
- Seni bina yang unik
- mana-mana jawapan munasabah
7. Bagaimanakah anda memanfaatkan karya Sun Tzu, The Art of War untuk menguatkan kecemerlangan diri?
- Strategi menangani musuh
- Taktik dalam urusan perniagaan
- Menjadi seorang yg tabah dan tegas
- Membentuk disiplin diri
- Memupuk semangat juang
- Memupuk daya saing
- mana-mana jawapan munasabah
8. Pada pendapat anda, apakah kepentingan undang-undang kepada sesebuah negara?
- Menjaga keamanan negara
- Mengekalkan kemerdekaan negara
- Menegakkan keadilan
- Mewujudkan perpaduan
- Mengukuhkan kedudukan raja
- Membendung tindakan liar
- Menjamin kemakmuran negara
- mana-mana jawapan munasabah
9. Mengapakah tindakan perluasan kuasa tidak dibenarkan pada masa kini?
- Menghormati kedaulatan negara lain
- Melanggar hak asasi manusia
- Mematuhi piagam PBB
- Mengelakkan kematian
- Mengelakkan kemusnahan alam
- Mengelakkan keamanan sejagat
- mana-mana jawapan munasabah
10. Apakah tanggungjawab anda untuk menjadi anggota masyarakat yang maju dan bersaintifik?
- Menguasai ilmu pengetahuan
- Mengamalkan amalan kreatif
- Mempunyai sifat inovatif
- Menggunakan teknologi terkini
- mana-mana jawapan munasabah
11. Apakah ciri-ciri masyarakat yang menyumbang kepada kegemilangan sesebuah tamadun?
- Mempunyai kreativiti
- Berfikiran terbuka
- Mementingkan pendidikan
- Bersifat daya saing
- Bersemangat patriotik
- Hidup bersatupadu
- mana-mana jawapan munasabah
12. Nyatakan konsep hijrah yang telah anda amalkan dalam kehidupan seharian untuk kecemerlangan diri.
- Malas kepada rajin
- Nakal kepada baik
- Berfikiran negatif kepada positif
- mana-mana jawapan munasabah
13. Apakah kepentingan undang-undang adat kepada masyarakat Melayu?
- Menjamin keharmonian hidup
- Menjadi panduan mentadbir
- Perjalanan masyarakat tersusun
- Menentukan hukuman kesalahan
- Menjadi panduan pentadbiran
- mana-mana jawapan munasabah
14. Mengapakah unsur kesenian di Malaysia patut diwarisi oleh generasi hari ini?
- Lambang jati diri bangsa
- Bukti ketinggian tamadun
- Sumber pekerjaan
- Warisan bangsa
- Mengelakkan kepupusan
- mana-mana jawapan munasabah
15. Mengapakah pendidikan tidak format patut diberi penekanan?
- Menyerapkan nilai moral
- Merapatkan hubungan kekeluargaan
- Mewarisi tradisi keluarga
- Menjadi tanggungjawab ibubapa mendidik anak
- Mewujudkan pendidikan sepanjang hayat
- mana-mana jawapan munasabah
16. Apakah nilai yang boleh dicontohi daripada masyarakat Zaman Renaissance di Eropah?
- Perubahan dalam pemikiran
- Penzahiran emosi atau perasaan dalam muzik
- Melahirkan keyakinan diri
- Menggunakan keupayaan minda
- Sifat inkuiri
- Berani meneroka bidang baharu
- Bersikap kreatif
- bersikap inovatif
- mana-mana jawapan munasabah
17. Sebagai pemimpin masa depan, apakah cara anda untuk menghalang berlaku imperialisme moden?
- Memajukan pendidikan
- Membangunkan teknologi
- Menjadi negara maju
- Melahirkan generasi yang berilmu dan berkemahiran
- Menyemai sikap patriotik kepada rakyat
- mana-mana jawapan munasabah
18. Apakah yang menjadi asas perjuangan golongan nasionalis di Asia Tenggara?
- Semangat kental
- Pengorbanan tinggi
- Perpaduan rakyat
- Kebijaksanaan pemimpin
- Sifat kepimpinan berwibawa
- Berilmu pengetahuan
- Penggunaan pelbagai strategi
- mana-mana jawapan munasabah
19. Pada pendapat anda, apakah pencapaian negara kita sehingga rakyatnya berbangga sebagai bangsa Malaysia?
- Politik stabil
- Rakyat bersatu
- Kebebasan bersuara
- Negara aman
- Ekonomi maju
- Mampu menghantar angkasawan
- Pencapaian sukan bertaraf dunia
- Mempunyai kereta nasional
- mana-mana jawapan munasabah
20. Apakah iktibar daripada peristiwa penentangan terhadap Malayan Union?
- Perlu bertegas dalam menyatakan bantahan
- Perlu adanya perpaduan
- Mengadakan rundingan sebelum sesuatu dasar dibuat
- Berhati-hati dengan tindakan orang asing
- Pentingnya pemimpin berwibawa
- mana-mana jawapan munasabah
21. Apakah bukti wujudnya tolak ansur dalam penggubalan perlembagaan merdeka?
- § Menerima memorandum raja, pertubuhan politik, dan orang perseorangan
- § Rundingan antara kaum
- § Pakatan murni
- § Mengambil kira isu sebagai panduan
- § Memelihara kepentingan semua kaum
22. Apakah keistimewaan cara kemerdekaan negara kita dicapai?
- pemimpin berwibawa
- Tanpa pertumpahan darah
- Sikap bekerjasama antara kaum
- Mengutamakan perundingan
- Musyawarah
- Melalui pakatan murni
- Melalui pilihanraya
- Mengamalkan tolakansur
- Melalui perjanjian
- mana-mana jawapan munasabah
23. Pada pendapat anda, apakah kebaikan yang diperoleh dari penubuhan Malaysia kepada rakyat hari ini?
- Keluasan negara bertambah
- Bilangan penduduk bertambah
- Pertahanan negara lebih kukuh
- Komunis dapat dibanteras
- Penjajahan asing ditamatkan
- Merapatkan hubungan antara kaum
- Memperkayakan budaya negara
- Meluasakan pasaran
- mana-mana jawapan munasabah
24. Mengapakah jata negara penting kepada negara? / Mengapakah negara mempunyai bendera kebangsaan?
- Lambang rasmi negara
- Identiti sesebuah negara
- Kebanggaan warga negara
- Lambang perpaduan
- Lambang kedaulatan negara
- Pemangkin semangat patriotik rakyat
- mana-mana jawapan munasabah
25. Bagaimanakah kita harus mengamalkan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan seharian?
- Mengamalkan agama dan kepercayaan
- Setia kepada raja dan negara
- Tidak menderhaka kepada raja dan negara
- Mematuhi, menyanjung dan mempertahankan perlembagaan
- Menghormati undang-undang
- Bersopan dan Bertatasusila
- Mengamalkan nilai-nilai murni
- Saling menyayangi
- mana-mana jawapan munasabah
26. Bagaimanakah pembangunan sosial mampu mencapai matlamat perpaduan?
- Bahasa yang sama
- Sukatan pelajaran yang sama
- identiti kebangsaan
- perasaan kekitaan
- sikap tolak ansur
- budaya yang sama
- Mempertingkatkan kualiti kehidupan
- Memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan
- semangat patriotik
- Aktiviti sukan
- mana-mana jawapan munasabah
27. Apakah tanggungjawab pelajar dalam merealisasikan Wawasan 2020?
- Menyahut sembilan cabaran
- Terlibat dalam pengisian wawasan
- Meneruskan kesinambungan perjuangan pemimpin negara
- Mengekalkan kemajuan negara
- Meningkatkan ilmu pengetahuan sains dan teknologi
- Menguasai kemahiran IT
- Berinovasi dan kreatif
- Berdisiplin baik
- mana-mana jawapan munasabah
28. Pada pendapat anda, mengapakah kerajaan Malaysia membangunkan sektor pendidikan?
- mencapai perpaduan
- menghasilkan sumber tenaga manusia
- melahirkan tenaga kerja mahir
- mengatasi buta huruf
- mendisiplinkan pelajar
- menjadikan Malaysia negara maju
- mana-mana jawapan munasabah
29. Pada pandangan anda, apakah kepentingan sesebuah negara menggubal dasar luar?
- menjamin keselamatan/keamanan
- Mengekalkan kedaulatan negara
- Menggalakkan pembangunan ekonomi
- Mengekalkan keamanan sejagat
- Mengukuhkan pertahanan
- Membina rangkaian perdagangan
- Menggalakkan pelaburan asing
- Menghapuskan ancaman komunis
- mana-mana jawapan munasabah
30. Berikan cadangan anda untuk meningkatkan keberkesanan peranan OIC
- kepemimpinan yang berwibawa
- mengukuhkan sumber kewangan
- bertindak dalam satu suara/satu pasukan
- tegas menghadapi masalah
- kerjsasama antara pemimpin
- mana-mana jawapan munasabah
No comments:
Post a Comment